assalamualaikum
Nama saya Abir Husna .Saya dilahirkan pada 15.11.2002.Saya di lahirkan di Hospital besar Batu Pahat, Johor. Saya ada 5 orang adik beradik.3 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Cita cita saya ialah hendak menjadi seorang guru.Saya bersekolah di SKPP9(2).
Dalam post kali ini saya ingin merakamkan gambar-gambar semasa saya kecil:
Inilah wajah saya semasa bayi... Ummi kata wajah saya sama macam abang sulong saya. Kebetulan juga hari saya lahir sama dengannya dalam bulan hijrah iaitu 10 Ramahan. Kesian Ummi kena bayar puasa sampai 20 hari. Genap abang saya berumur 2 tahun saya pun lahir kedunia.
Inilah abang sulong saya... Namanya Anas Hayyan. Nama kami adalah gabungan huruf A dan H. Huruf A untuk nama abah yang yag bernama Ahmad zakuan dan H pula untuk nama ummi yang bernama Hanan. Biasa la... kehidupan semasa bayi hanya tidur...tidur,,,, dan tidur..... saya membesar dengan tidur dan menyusu.
Ini saya bersama Abah. Muda kan abah saya!? Masa gambar ini diambil, saya sekeluarga sedang berekreasi bersama-sama keluarga di Hutan Simpan , Batu Pahat. Abah sengaja mengambil pose sebegini kerana kata ummi semasa dia kecil, atok juga pernah mengambil gambar sebegini bersama ummi. Wjah abah sama macam atok saya. Walaupun dia hanya menantu... tapi ramai orang kata wajah mereka sama!
Inilah ummi saya! Ummi cakap saya sangat "debab" masa kecil. Ummi tak larat nak dukung. Saya memang kuat makan... samapa sekarang saya memang suka makan...! Pembantu rumah kami masa ni namanya Kak Tini. Dia selalu beri saya makan nasi dan sup. Boleh dikatakan setiap hari saya makan sup... sebab tu pipi saya semakin berat! hehehehe....
Ini adalah gambar yang paaaaling saya suka. Gambar di sawah padi. Masa gambar ini diambil saya sekeluarga menziarahi Mak Uda Adom. Jauh tempatnya... Kereta keliasa kami dah macam khemah bila berjalan jauh... almaklum la... barangg saya dan abang mana boleh bawa sedikit! kalau panas mula lah ummi sidai lampin di tingkap kereta. Abang pula dah pandai berseah... kalau tak bawa mainan mesti dia boring! Macamana kereta kami nak kemas.....!
Haaaaaaa................... masa ni saya dah agak kurus! (kurus ke?) saya dah mula nak belajar berjalan... Masa gambar ini di ambil sebenarnya saya sedang berdiri di atas tapak tangan abah! Abah sering membuat latihan ini kepada saya ... Kata Abah, orang arab selalu buat latihan ini untuk kuatkan otot anak mereka. Walaupun saya belum pandai berjalan pada masa ini, apabia abah berdirikan saya dengan posisi yang betul, secara automatik kaki saya akan menegak dan berdiri kuat! macam ada magic pula... Baik2 kalau mahu mencuba latihan ini ye....!
Inilah kolam mainan saya dan abang!!! KAlau ummi tak bkerja, saya dan abang selalu mandi di dalam kolam ini.... Kolamnya besar dan banyak air yang perlu dimasukkan....Kami suka main air dan sehingga kini kalau abah dan ummi ada wktu lapang , saya adik beradik akan pergi mandi kolam... Walaupun saya ada semput... saya tetap sukakan air!
Hari terus berlalu... saya semakin dewasa... daripada tidur sahaja, saya mula meniarap, merangkak, bertatih dan berjalan.... Saya kini sudah menjadi kakak! 2005 Ummi melahirkan adik saya. Anwar Hakim namanya... Wajah dia lain sedikit sebab mata dia tidak sepet macam saya dan abang anas..! Saya semakin membesar dan sudah pandai bersolek! Ummi suka ikat rambut saya. Macm-macam warna getah ummi pakaikan.. sepit , reben dan macam-macam la yang ummi beli... saya kan anak dan cucu perempuan seorang...
Saya mula bersekolah tadika ketika berumur 5 tahun. Saya berekolah di Tadika Agama Johor. Umur saya 6 tahun saya sekeluarga berindah ke Johor Bahru dan saya bersekolah di Prasekolah Taman Sri Skudai. Apa yang menjadi kenangan, semasa prasekolah saya seorang sahaja murid yang memakai tudung . Walauun pada mulanya saya rasa pelik kerana saya sahaja yang lain daripada kawan saya, cakap abah dan ummi saya ikut sahaja. Bila saya mula bersekolah, baru saya tahu ... kita mesti berlatih menutup aurat. Perempuan mesti memakai tudung walaupun belum baligh... Kalau suah menjadi kebiasaan, kita tidak akan kekok bila kita dewasa nanti
Inilah gambar graduasi saya.... Gambar kiri semasa 5 tahun di Tadika Agama Johor, dan gambar kanan semasa di Prasekolah Sri Skudai. Ummi cakap saya tidak pandai senyum... mukanya garang sangat! hehehe... tak pe lah...
Sekarang saya sudah berpindah di Putrajaya. Saya pindah semasa darjah 2. Saya bersekolah di SK Putrajaya Presint 9 (2). Seronok juga menjadi warga Putrajaya.... Tempatnya tenang dan aman... Majoriti rakyatnya orang melayu... Gambar ini di ambil semasa atas cruise. Kami sekeluarga merentasi tasik Putrajaya melihat keindahan persekitarannya.
2012 adalah tahun kelahiran adik terbaru saya!!! Namanya Ahmad Husam. Kini saya menjadi kakak kepada 3 orang adik dan adik kepada seorang abang. Selepas Anwar Hakim , nama adik saya ialah Aufa Haninah.
Comelkan Ahamd!!? Saya sayang semua adik-adik saya.. Cuma, kadang-kadang mereka suka mengganggu saya dan membuatkan saya menjadi marah.
Semoga bertemu dilain tulisan blog...
tatatititutu.....:)
No comments:
Post a Comment