INILAH KISAHKU...

INILAH KISAHKU...
Buat yang terbaik untuk kecemerlangan di dunia dan akhirat...

Friday, 14 February 2020

New Hobby


It's 2020 now and i have forgotten about this dusty blog that i once boast to my friends. Through out my childhood, i had MANY hobbies. Drawing, make up barbie's hair, roller blade in the neighborhood and countless other child activity. Though i'm 18 this year i ought to say my hobby is now "matured" as well. Photography!! editing, photoshopping all sorts of media aesthetic jobs. Here are some of my work. Proud to say that it is because i'm a beginner and i think it's not bad at all... hmmmm.



A bit of a girlie side

If i were a bee, i like yellow

The queen among flowers

purple doesn't pop

Thursday, 5 April 2012

Buku skrap Bahasa arab




Inilah buku skrap hasil saya dan kawan-kawan tetapi hakikatnya hasil saya...hehehe... Wp tak cantik mana, saya suka dengannya. Buku Skrap cerita "Arnab wa sulahfah" (Arnah dan kura-kura). Saya minat Bahasa Arab, kerana cikgu saya mengajar dengan cara yang menyeronokkan. Walaupun bahasa arab ni susah tapi cikgu buat jadi senang. Syukran ya Ustazah Noorul Ainani..

Friday, 23 March 2012

A Famosa Resort Melaka

cuti seminggu lepas, selain ikut makde  balik kampung di Johor, pergi ke karnival belon panas, saya sekeluarga  menggunakan waktu terluang kami untuk bersantai-santai di Melaka. Abah dan Ummi survey satu tempat yang saya dan keluarga sangat menyukainya. Sebuah villa untuk kami berkumpul. Semua adik beradik ummi tiada yang terkecuali. Bagi kami kanak-kanak rebina ni... yang paling syok ialah sebab ada KOLAM...
Mula la saya berangan... nak buat rumah macam ni... Tapi tak de kerja lain la saya dan kanak2 lain...mandi....mandi dan manda sahaja.... mandi, makan, makan , mandi, seronok jadi kanak-kanak ni.... hehehehe....


'Abir @ Belon Panas 2012

Karnival Belon Panas diadakan setiap tahun di Putrajaya. Tapi setiap kali pergi saya dan keluarga tidak pernah berpeluang menaikinya. Rupa-rupanya bila ditanya kepada pegawai bertugs, tiket untuk menaiki belon panas tu dibe;i seawal jam 5.00 pagi! ayyakk!!! waktu tu saya baru nak pujuk mata saya untuk bangun tidur.... Saya sekeluarga sampai jam 7.00 pagi hanya memerhati orang ramai yang sedang menunggu giliran masing-masing..hmmm...





 Oleh kerana tidak mahu menghampakan perasaan kami, abah dan ummi belanja naik satu alat yang pelik tu... apetah namanya! saya berdiri sahaja ia bergerak... sesuai la untuk orang2 yang malas berjalan.... kemudian ummi ajak lagi cuba benda baru... hahahahah...kali ni bola atas air! saya dengan abah, abang dengan anwar dan ummi bersama aufa. Tak sabar rasanya nak cuba masuk dalam perut bola ni...



Waaahhh!! senoneng kepala saya di dalam perut bola ni! Abah mcm biasa la...tak leaskan peluang bila dah ada dalam perut bola ni...bersungguh-sungguh nak gerakkan ola sejauh mungkin! tapi penyudahnya, saya macam kena sepak terajang ! Adoiii! sakit wo... Ummi lagi kesian.. baru nak masuk, aufa dah ajak balik.... at last ummi duduk je dalam peut bola tu dambil peluk aufa yang menangis ... redha je la....
Wlaupun tak dapat naik belon panas lagi tahun ni... saya enjoy dengan karnival tahun ni... TQ Abah, Syukran Ummi!


Friday, 17 February 2012

SEMASA DI ICTY


Assalamualaikum inilah gambar saya dan sekeluarga waktu di ICTY. Di sana sangat sejuk . 
Di sana bukan saja boleh berjalan sahaja, kita boleh bermain dan macam-macam lagi

Saturday, 11 February 2012

CERITA KELAHIRAN SAYA

assalamualaikum
Nama saya Abir Husna .Saya dilahirkan pada 15.11.2002.Saya di lahirkan di Hospital besar Batu Pahat, Johor. Saya ada 5 orang adik beradik.3 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Cita cita saya ialah hendak menjadi seorang guru.Saya bersekolah di SKPP9(2).

Dalam post kali ini saya ingin merakamkan gambar-gambar semasa saya kecil:

Inilah wajah saya semasa bayi... Ummi kata wajah saya sama macam abang sulong saya. Kebetulan juga hari saya lahir sama dengannya dalam bulan hijrah iaitu 10 Ramahan. Kesian Ummi kena bayar puasa sampai 20 hari. Genap abang saya berumur 2 tahun saya pun lahir kedunia.


Inilah abang sulong saya... Namanya Anas Hayyan. Nama kami adalah gabungan huruf A dan H.  Huruf A untuk nama abah yang yag bernama Ahmad zakuan dan H pula untuk nama ummi yang bernama Hanan. Biasa la... kehidupan semasa bayi hanya tidur...tidur,,,, dan tidur..... saya membesar dengan tidur dan menyusu. 


Ini saya bersama Abah. Muda kan abah saya!? Masa gambar ini diambil, saya sekeluarga sedang berekreasi bersama-sama keluarga di Hutan Simpan , Batu Pahat. Abah sengaja mengambil pose sebegini kerana kata ummi semasa dia kecil, atok juga pernah mengambil gambar sebegini bersama ummi. Wjah abah sama macam atok saya. Walaupun dia hanya menantu... tapi  ramai orang kata wajah mereka sama!

 Inilah ummi saya! Ummi cakap saya sangat "debab" masa kecil. Ummi tak larat nak dukung. Saya memang kuat makan... samapa sekarang saya memang suka makan...! Pembantu rumah kami masa ni namanya Kak Tini. Dia selalu beri saya makan nasi dan sup. Boleh dikatakan setiap hari saya makan sup... sebab tu pipi saya semakin berat! hehehehe....

Ini adalah gambar yang paaaaling saya suka. Gambar di sawah padi. Masa gambar ini diambil saya sekeluarga menziarahi Mak Uda Adom. Jauh tempatnya... Kereta keliasa kami dah macam khemah bila berjalan jauh... almaklum la... barangg saya dan abang mana boleh bawa sedikit! kalau panas mula lah ummi sidai lampin di tingkap kereta. Abang pula dah pandai berseah... kalau tak bawa mainan mesti dia boring! Macamana kereta kami nak kemas.....!

Haaaaaaa................... masa ni saya dah agak kurus! (kurus ke?) saya dah mula nak belajar berjalan... Masa gambar ini di ambil sebenarnya saya sedang berdiri di atas tapak tangan abah! Abah sering membuat latihan ini kepada saya ... Kata Abah, orang arab selalu buat latihan ini untuk kuatkan otot anak mereka. Walaupun saya belum pandai berjalan pada masa ini, apabia abah berdirikan saya dengan posisi yang betul, secara automatik kaki saya akan menegak dan berdiri kuat! macam ada magic pula... Baik2 kalau mahu mencuba latihan ini ye....!
Inilah kolam mainan saya dan abang!!! KAlau ummi tak bkerja, saya dan abang selalu mandi di dalam kolam ini.... Kolamnya besar dan banyak air yang perlu dimasukkan....Kami suka main air dan sehingga kini kalau abah dan ummi ada wktu lapang , saya adik beradik akan pergi mandi kolam... Walaupun saya ada semput... saya tetap sukakan air!

Hari terus berlalu... saya semakin dewasa... daripada tidur sahaja, saya mula meniarap, merangkak, bertatih dan berjalan.... Saya kini sudah menjadi kakak! 2005 Ummi melahirkan adik saya. Anwar Hakim namanya... Wajah dia lain sedikit sebab mata dia tidak sepet macam saya dan abang anas..! Saya semakin membesar dan sudah pandai bersolek! Ummi suka ikat rambut saya. Macm-macam warna getah ummi pakaikan.. sepit , reben dan macam-macam la yang ummi beli... saya kan anak dan cucu perempuan seorang...

.
Saya mula bersekolah tadika ketika berumur 5 tahun. Saya berekolah di Tadika Agama Johor. Umur saya 6 tahun saya sekeluarga berindah ke Johor Bahru dan saya bersekolah di Prasekolah Taman Sri Skudai. Apa yang menjadi kenangan, semasa prasekolah saya seorang sahaja murid  yang memakai tudung . Walauun pada mulanya saya rasa pelik kerana saya sahaja yang lain daripada kawan saya, cakap abah dan ummi saya ikut sahaja. Bila saya mula bersekolah, baru saya tahu ... kita mesti berlatih menutup aurat. Perempuan mesti memakai tudung walaupun belum baligh... Kalau suah menjadi kebiasaan, kita tidak akan kekok bila kita dewasa nanti



Inilah gambar graduasi saya.... Gambar kiri semasa 5 tahun di Tadika Agama Johor, dan gambar kanan semasa di Prasekolah Sri  Skudai. Ummi cakap saya tidak pandai senyum... mukanya garang sangat! hehehe... tak pe lah... 


Sekarang saya sudah berpindah di Putrajaya. Saya pindah semasa darjah 2. Saya bersekolah di SK Putrajaya Presint 9 (2). Seronok juga menjadi warga Putrajaya.... Tempatnya tenang dan aman... Majoriti rakyatnya orang melayu... Gambar ini di ambil semasa atas cruise. Kami sekeluarga merentasi tasik Putrajaya melihat keindahan persekitarannya. 


2012 adalah tahun kelahiran adik terbaru saya!!! Namanya Ahmad Husam. Kini saya menjadi kakak kepada 3 orang adik dan adik kepada seorang abang. Selepas Anwar Hakim , nama adik saya ialah Aufa Haninah.
Comelkan Ahamd!!?  Saya sayang semua adik-adik saya.. Cuma,  kadang-kadang mereka suka mengganggu saya dan membuatkan saya menjadi marah.  

Semoga bertemu dilain tulisan blog...
tatatititutu.....:)



SALAM...TESTING 123!



Assalamualaikum...
Hari ini saya mula menulis blog. Blog yang Ummi bina untuk saya merakam segala peristiwa kehidupan saya.

Harapan saya semoga cerita-cerita ini akan menjadi pedoman untuk saya pada masa akan datang. Blog ini juga merupakan tempat untuk saya memuhasabah diri saya dari semasa ke semasa.Selamat membaca!!!